PRU15 | PH Sarawak sedia berunding dengan parti selain GPS

2022-09-22 0

Pakatan Harapan (PH) Sarawak masih membuka pintu rundingan dengan parti lain di negeri itu selain Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pengerusinya Chong Chieng Jen, meskipun pembahagian kerusi mengikut parti telah dimuktamadkan namun setiap komponen PH Sarawak dibenarkan untuk berunding dengan parti lain bagi berdepan gabungan induk kerajaan negeri Sarawak itu.